Salam ukhuwah pembuka bicara, semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa memayungi roh2 kita insyaAllah…
Alhamdulillah, saya masih lagi diizinkan oleh Allah untuk sama-sama berganding bahu meneruskan usaha-usaha dakwah bagi mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi ini. Untuk itu,kita mengambil inisiatif untuk bergabung tenaga membentuk sebuah blog bersama. Terimalah…‘Sentuhan Jiwa’ yang InsyaAllah akan kita isi dengan bahan-bahan berguna agar kita dapat sama-sama mengambil istifadah daripadanya. Semoga dengan izin Allah, jiwa-jiwa yang kian beku akan tersentuh dan beroleh manfaat darinya.
Bercakap mengenai ‘Sentuhan Jiwa’, tiba-tiba saya teringat kisah zaman dahulu kala ketika saya berada di tingkatan 4 . Waktu itu, saya berpeluang menyertai ekspedisi ke gua tempurung,perak bersama rakan-rakan Pengakap Kelana. Malam sebelum memasuki Gua Tempurong, kami berkhemah di kaki gua. Pada malam yang sangat gelap itu, pemandangan di langit amat menakjubkan. Bintang-bintang bergemerlapan bagai permata. Subhanallah, memang luar biasa gemerlapannya, tak sama dengan apa yang saya biasa lihat di Klang. Mungkin kerana kawasan kaki bukit itu udaranya tak tercemar. Memang sangat cantik. Waktu itu memang terasa benar kebesaran Allah menjadikan bintang sebegitu indah.
” Dan sungguh, telah kami hiasi langit yang dekat, dengan bintang-bintang (yang bercahaya) dan kami jadikannya sebagai alat pelempar syaitan…” (Al-Mulk :5)
Banyak iktibar yang kita boleh ambil dengan melihat & mentafsir bintang-bintang indah yang bertebaran di angkasa itu.Tiga fungsi utama bintang yang kita harus tahu;
1- Sebagai PERHIASAN langit.
2- Sebagai PENUNJUK jalan.
3- Sebagai ALAT REJAM syaitan.
Jika dilihat dari sudut yang lain, perhiasan itu adalah suatu kecantikan yang kita rasai dalam hati. Inilah yang dinamakan ‘zouq’ (rasa) …atau dalam kata lainnya sentuhan jiwa. Manakala penunjuk jalan merupakan fungsi bintang secara fizikalnya untuk memandu manusia (pelayar terutamanya) mencari arah jalan. Cuba fikirkan sedalam-dalamnya, inilah yang sebenarnya manusia perlukan…’zouq’ & petunjuk… Tidak semua orang yang memahami Islam merasai ‘zouq’nya. Hakikatnya, ‘zouq’ (sentuhan jiwa) amat penting untuk dirasai agar kita benar-benar merasakan MANISnya iman & INDAHnya Islam itu. Hanya hati yang benar-benar tulus ikhlas akan merasai ‘zouq’ yang sebenar. Semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan itu…ameen.
Tuesday, 22 December 2009
Bila Diri Mengingati MATI
Peringatan buat diri yang semakin meningkat usia…
Semakin umur meningkat, semakin maut menghampiri.
Kata orang, rumah kata pergi kubur kata mari (aduh).
Maut yang entah bila, di mana & bagaimana?
Persoalannya, kita dah bersedia atau belum?
Sahabat di zaman Rasulullah sgt mengimpikan mati (baca: syahid).
Tetapi kita di akhir zaman ini sangat takut mati.
Kenapa agaknya? Sehebat mana pun seseorang itu pasti akan mati.
Bila maut datang, tak siapa pun boleh mengelak atau menangguhkannya.
Walaupun orang tu pemimpin dunia.
Ada satu kisah comel di zaman nabi Sulaiman.
Ada seorang lelaki ni, menghadiri satu majlis.
Di majlis tu, dia terperasan kelibat seseorang sedang memerhatikan dia.
Ke mana saja dia pergi, orang itu akan ikut. Semua gerak gerinya diperhatikan.
Lelaki itu dengan muka cuak bertanya nabi Sulaiman siapakah gerangan orang itu?
‘Oh, itulah malaikat maut’ Merasakan mautnya telah hampir, dia segera meminta nabi Sulaiman menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh dari situ.
Malaikat maut itu juga dengan muka pelik bertanya nabi Sulaiman kenapa lelaki itu ada di majlis tersebut sedangkan dia ditugaskan untuk mencabut nyawa lelaki tersebut di pulau yang jauh itu.
Tahulah nabi Sulaiman kisah sebenar. Akhirnya lelaki tersebut mati di pulau itu tanpa terlewat sesaat pun dari yang dijadualkan.
Kenapa nabi kata orang yang paling bijak adalah orang yang ingat mati?
Sebabnya, hanya dengan ingat mati kita akan berusaha menggandakan amal kita sebagai persediaan.
Beramallah seperti akan mati esok hari…
“Cukuplah mati sebagai peringatan”
Wallahu a’alam

Subscribe to:
Posts (Atom)