Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label akan ada hikmah disebaliknya. Show all posts
Showing posts with label akan ada hikmah disebaliknya. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

UJIAN HIDUP.....

Dalam Surat Al-Ankabut:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(QS. Al-'Ankabut [29] : 2-3)

Dalam Surat Al-Baqarah:
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang2 terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh Malapetaka & Kesengsaraan, serta digoncangkan
(dgn bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul & orang2
yg beriman bersamanya: "Bilakah datangnya Pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya Pertolongan Allah itu amat dekat." (QS.
al-Baqarah [2]: 214).

2]. KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

Dalam Surat Al-Baqarah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(QS. Al-Baqarah [2] : 216).

3]. KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

Dalam Surat Al-Baqarah:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS. Al-Baqarah [2]: 286)

4]. RASA FRUSTASI ?

Dalam Surat Ali-Imran:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(QS. Ali Imran [3] : 139).

5]. BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ?

Dalam Surat Ali Imran:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung."
(QS. Ali Imran [3] : 200).

Dalam Surat Al-Baqarah:
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu."
(QS. Al-Baqarah [2] : 45)

6]. APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI ?

Dalam Surat At-Taubah:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."
(QS. At-Taubah [9] : 111)

7]. KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

Dalam Surat At-Taubah:
"Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka Katakanlah:" Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung ".
(QS. At-Taubah [9] : 129)

Dalam Surat Al-Insyirah:
"Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(QS. Al-Insyirah [94] : 8).

8]. AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI..!

Dalam Surat Yusuf:
"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(QS. Yusuf [12] : 87).

Dalam Surat An-Nisa':
"Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap sesuatu."
(QS. An-Nisa' [4] : 86).

Mari kita berbenah dan terus berbenah...untuk mempersembahkan yg Terbaik dalam masa hidup kita. Dengan torehan Kemuliaan dan Semangat pantang menyerah dimana pun, kapan pun dan dengan siapa pun. Selama Allah SWT menjadi "JUST THE ONE GOAL" Tempat kita Menyembah, Meminta serta Berserah Diri. "IYYA KANA'BUDU WA IYYAKA NASTA'IN": "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (QS. Al-Fatihah [1]: 5).

Untuk itu, hendaklah Kita semua bersyukur atas Nikmat Allah yang selama ini diberikan tidak henti-hentinya dengan cuma-cuma, karena Sesungguhnya ALLAH SWT akan menambah Nikmat kepada orang beriman yang bersyukur, tetapi akan Celakalah orang yang TIDAK BERSYUKUR karena Tunggulah SIKSA dan AZAB yang lebih besar yang akan diterima.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
(QS. Ibrahim [14] : 7).

Semoga saudari-saudari saat ini yang sedang ditimpa musibah, ujian, sakit dan sebagainya mampu ikhlas dan sabar .

Aamiin ya Robbal 'Aalamiin.. 

SENYUMLAH.....

Senyumlah sementara berpeluang untuk memberikannya..
Agar bisa menceriakan juga membahagiakan insan2 disamping kita..
Dengan senyuman bisa menghindar pertelingkahan antara kita..
Juga bisa merapatkan ukhuwah antara kita..
Janganlah disimpan senyumannya..
Hanya kerna perna ada silap antara kita..
Munkin saja kamu perlukan masa untuk memahami semuanya..
Namun berikan saja senyumannya..
InsyaAllah dengan itu pasti bisa melembutkan hati kita..
Juga agar tidak punya sesal antara kita..
Kerna terlewat atau tidak berpeluang lagi memberikannya..
Jadi SENYUMLAH seceria sang suria..
Yakinlah insyaAllah senyumku ini sentiasa ada..
Selama ianya untuk meraih ridho juga rahmat Allah Ta'ala..
Yakinlah senyuman yang indah dari hati yang bahagia..
InsyaAllah ianya pasti membahagiakan tiap hati yang melihatnya..
InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah..

Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sodaqoh. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi embermu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu.
(HR. Ahmad)

Moga bermanfaat insyaAllah.. ^_^

Wednesday, 8 February 2012

CINTA

... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم .....

Lima huruf kecil yang memberi KESAN yang cukup besar..seorang yang MISKIN berubah menjadi kaya, kerana cinta..seorang yang BODOH berubah menjadi cerdik, kerana cinta. .seorang yang HODOH berubah menjadi cantik, kerana cinta..seorang yang KOLOT berubah menjadi moden, kerana cinta..

Sampai ke SATU TAHAP, cinta ini boleh MEMAKAN DIRI MANUSIA..seorang yang TERPELAJAR boleh hilang maruah dan harga diri, kerana sebuah cinta..seorang yang KAYA dan berada boleh menjadi papa kedana, kerana sebuah cinta..seorang yang WARAS dan CERDIK, boleh terjun bangunan atau meneguk racun tikus, kerana sebuah cinta..seorang GADIS yang lemah lembut dan mendengar kata, boleh lari dari rumah kerana sebuah cinta..HUBUNGAN antara anak dan ibu bapa boleh PUTUS, juga kerana sebuah cinta..

>>> Ketika cinta datang..adakah kamu akan terus memberi PELUANG dan RUANG..terus menerima kata sayang, cinta dan rindu..terus membiarkan hati kamu DISENTUH dan terus mengikut rasa hati? Atau kamu akan bertindak lebih drastik, dengan terus memenuhi ajakan keluar BERDATING, keluar makan bersama, naik kereta bersama atau mengikutinya ke mana sahaja disebabkan rasa cinta, kasih dan sayang? Atau kamu akan merujuk terus kepada TUAN PUNYA RUMAH..dalam diri kamu ada sekeping hati, yang mana pemiliknya adalah Allah..adakah merujuk kepada Allah itu tindakan PERTAMA dan UTAMA, atau hanya tindakan susulan selepas kamu beroleh kecewa?

Maka, RENUNG-RENUNG dan timbang taralah dengan diri masing-masing..cinta yang datang bertamu TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN..begitu juga jika terbukti tetamu itu adalah SANG NAFSU bertopengkan cinta..tetapi semuanya terletak di atas KEIMANAN dan KETAQWAAN kamu kepada Pemilik segala cinta..bukan bermakna menyuruh kamu berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha..sekadar mengajak untuk MERUJUK kepada Sang Empunya cinta, kerana padaNyalah BERHIMPUN segala cinta yang ada.

Saturday, 31 December 2011

KUATKAN IMANMU ......

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:"Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis si atas terdapat dua perkara penting yang perlu difahami oleh orang-orang mukmin iaitu :

Pertama : Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu.

Kedua : Syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.

Huraiannya :

Pertama : Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu.

Nabi Musa a.s. pernah bertanya kepada Allah SWT. yang bermaksud :
"Ya Rabbi, bagaimanakah saya akan mengetahui samaada seseorang itu Kamu cintai dan reda ataupun kamu benci dan murka?".

Jawab Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Bila sahaja Aku cinta dan reda kepada seseorang maka Aku permudahkan baginya untuk berzikir kepada-Ku dan Aku pelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang haram, sebaliknya bila Aku benci dan murka kepada seseorang maka akan Ku lalaikan ia daripada memperingati-Ku dan Aku biarkan ia dikuasai oleh hawa nafsunya supaya terjerumus melakukan perkara-perkara yang haram sehinggalah ia layak menerima seksaan dan balasan-Ku".

Nafsu manusia sentiasa mendorong mereka melakukan perbuatan dan pekerjaan yang bertentangan dengan kehendak Allah SWT, meninggalkan suruhan-Nya dan melaksanakan larangan-Nya. Contoh perbuatan-perbuatan yang disukai oleh hawa nafsu adalah minum arak, berzina, ambil riba, berhibur, berjudi, ambil rasuah, membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan menzalimi manusia. Semua perbuatan ini menuju ke neraka.

Nafsu juga suka meninggalkan kewajipan kepada Allah SWT seperti meninggalkan solat, puasa, zakat, meninggalkan jihad dan berdakwah dijalan Allah SWT.

1. Nafsu sentiasa mendorong kepada kejahatan.

Setiap orang mempunyai potensi menjadi baik, tapi nafsu sangat bencikan kebaikan. Sebaliknya apa saja sifat buruk serta perbuatan jahat cukup serasi dengan nafsu.Oleh itu, usaha membina sikap yang baik sering memerlukan kesungguhan yang kental. Contohnya, sangat payah menahan marah dan bersifat sabar, memaafkan kesalahan orang lain, bersangka baik, tidak berdendam dan tidak iri hati. Ia sukar kerana ada saja bisikan berlawanan yang datang dari nafsu.

2.Nafsu hanya mahu kesenangan dan kelazatan.

Nafsu suka kepada kesenangan, kemewahan, bermalas-malas dan bersedap-sedap. Dengan itu nafsu tidak memujuk hati menempuh untuk jalan ke syurga kerana jalannya penuh dengan susah payah. Kerana jalan ke Neraka penuh dengan hal-hal yang bersenangan dan keseronokan.

3.Nafsu tidak takut pada neraka.

Nafsu tidak akan berjaya ditundukkan sekadar dengan ancaman seksa neraka. Ia mesti juga sentiasa diperingatkan bertalu-talu tentang kebenaran janji syurga.

4.Nafsu tidak pernah puas.

Sudah menjadi tabiat nafsu, kehendaknya tidak akan habis. Dapat sejengkal hendak sehasta. Dapat sehasta hendak sedepa. Bila kehendak nafsu dituruti, kita akan diperhambakannya. Kecuali kita menyedari hakikat yang berlaku dan berani mengatakan 'tidak' kepada desakan nafsu.

Begitulah ragam hawa nafsu yang sentiasa menanti peluang dari kelemahan iman. Justeru itu, apabila berlaku kecuaian dalam beribadat, kembalilah kepada Allah SWT dengan bertaubat dan beristighfar. Ingatlah Allah SWT tidak akan membiarkan kamu tenggelam dalam perdayaan hawa nafsu selagi kamu benar-benar mengharap rahmat-Nya. Jika nafsu dituruti ianya akan membawa kepada neraka.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik."(Surah al-Maaidah ayat 49)

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya." (Surah an-Nisaa ayat 27)

Kedua : Syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.

Untuk memasuki syurga Allah SWT perlu kepada pengorbanan dan menentang kehendak hawa nafsu.

Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.

Allah SWT memberi khabar gembira terhadap orang-orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan Allah SWT bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai-nilai istiqamah di dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut. Ia menjadikan manusia dapat bertahan daripada dipengaruhi oleh sebarang hasutan yang menarik diri mereka kepada neraka.atau dengan lain perkataan kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab untuk seseorang itu sampai ke syurga.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi ayat 110)

Firman Allah SWT yang bermaksud : ‘’Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung.'’ (Surah Ali-Imran ayat 185)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ‘’Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah di syurga atau di neraka. Maka bertanya seorang sahabat, ‘’Ya Rasulullah ! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan takdir nasib kita tanpa beramal.'’

Jawab baginda : "Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang bahagia, adalah kerana ia beramal dengan amalan orang yang berbahagia, dan orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang celaka adalah kerana ia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah ! Semua sarana telah disediakan.

Ada pun orang-orang bahagia, mereka dimudahkan untuk mengamalkan amalan-amalan orang berbahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.

Kemudian baginda SAW membaca ayat (al-Quran maksudnya): ‘’Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.'’ (Surah al-Lail ayat 5-10)'’
(Hadis Riwayat Muslim.)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita menjauhkan diri kita daripada hawa nafsu dan amalan-amalan yang boleh memasukkan kita kedalam neraka, dan beramallah dengan istiqamah segala jalan-jalan dan amalan-amalan yang akan membawa kita ke syurga. Kita diberi peluang untuk memilihnya, oleh itu "tepuk dada tanya iman kita" itulah jawapan yang sebenarnya.

Thursday, 24 November 2011

7 SUNNAH BAGINDA UNTUK RUMAHTANGGA YANG BERMAKNA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Membina keluarga bahagia, sakinah mawaddah warahmah adalah hajat setiap muslim mukmin yang hidup di dunia ini. Tidak ada sesiapa yang suka rumah tangganya hidup porak peranda dan huru-hara di dalamnya. Tetapi berapa ramaikah yang berjaya mencapai impin yang mulia ini? Di hari pertama akad-nikah dilafaskan dan diharapkan berkekalan hingga ke akhir hayat tetapi berlaku badai dipertengahan jalan, berpisah dan bercerai !

Kenapa boleh berlaku masaalah ini? Kenapa tidak ada tolak ansur, timbang rasa, saling faham memahami, dan kesabaran di kedua-dua belah pihak? Mungkin ini berpunca asas pemilihan bukan kerana Allah SWT, atau bukan kerana asas iman dan takwa tetapi pemilihan lebih cenderung kepada faktor kecantikan atau tampan, kelulusan, pangkat kedudukan, harta, keturunan atau nafsu berahi semata-mata. Manusia akan hilang pertimbangan apabila hati dah jatuh cinta, biarpun pasangannya kurang beragama , sentiasa melakukan maksiat dan tidak menutup aurat tetapi semunya tidak diambil kira sebagai ukuran utama di dalam pemilihan teman hidup.

Sahabat yang dimuliakan,

Untuk melahirkan keluarga bahagia sakinah mawaddah warahmah terdapat tujuh (7) amalan sunah yang di amalkan oleh Rasulullha SAW, sahabat-sahabat baginda dan orang-orang mukmin yang ingin mencari keredaan Allah SWT dalam hidup berkeluarga. Sekiranya suami dan isteri dan anak-anak di didik dan mengamalkan tujuh perkara tersebut, rumah tangga yang dibina akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan akan melahirkan ketenangan dan rahmat di dalam rumah tangga tersebut.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Bertakwa kepada Allah SWT.

2. Zikrul maut

3. Tilawah al-Quran

4. Solat dan doa

5. Zikir dan beristighfar

6. Sedekah

7. Kasih sayang .

Huraiannya :

1. Bertakwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya :"Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka sesuai apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-A'raf ayat 96)

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa takwa itu takut kepada Allah SWT, mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT dan menjauhkan segala larangan-Nya. Insan yang bertakwa akan bermuraqabah kepada Allah SWT iaitu merasai bahawa Dia sentiasa Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Jika di tanamkan konsep tauhid dan di amalkan oleh semua ahli keluarga samaada suami, isteri, ibu bapa , anak-anak dan bermuraqabah kepada Allah SWT setiap masa dan merasai bahawa Allah sentiasa Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui maka aman keluarga tersebut, hati akan tenang, jiwa akan tenteram dan kasih sayang di antara ahli keluarga akan terbina. Setiap sesuatu akan dibuat dan tinggalkan semata-mata kerana Allah SWT.

Di dalam ayat di atas adalah jaminan Allah SWT bahawa sesiapa yang beriman dan bertakwa kepada-Nya maka Dia akan 'melimpahkan barakah dari langit dan bumi' tidak ada kenikmatan dan kebahagiaan sebenarnya melainkan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'barakah' ?

Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-

هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.

Ertinya : "Iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla."

2. Zikrul maut.

Maksud zikrul maut adalah mengingati kematian.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati)."

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Kita sering mendengar berita tentang kematian , tetapi sejauh mana kita mengambil iktibar di atas peristiwa yang berlaku keatas keluarga kita , sahabat handai , jiran tetangga dan masyarakat setempat. Sejauhmana kita menceritakan pada isteri dan anak-anak akan azab kubur yang dahsyat bagi sesiapa yang melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.? Lahirkan rasa takut dan insaf kepada jiwa ahli keluarga kita mengenai kemurkaan Allah SWT dan azab kubur dan buangkan perasaan takut kepada hantu, syaitan dan tanah perkuburan.

Renunglanlah buat keinsafan kita bahawa kematian berlaku di mana-mana sahaja , dan berlaku dalam berbagai bentuk . Untuk melahirkan keluarga bahagia perlulah menceritakan kepada isteri dan anak-anak akan kematian ini, pergilah ziarah kubur dan iringilah jenazah saudara mara atau sahabat-handai yang meninggal dunia ke kuburan untuk melahirkan rasa insaf dan sedar bahawa setiap manusia akan mati samaada lambat atau cepat. Perlulah sentiasa membuat persiapan dengan beramal soleh.

3. Tilawah al-Quran.

Di dalam keluarga perlulah bacaan al-Quran dibacakan berulang-ulang setiap hari kerana rumah yang dibacakan al-Quran akan dinaungi oleh malaikat rahmat. Syaitan akan menjauhi daripada rumah tersebut kerana kepanasan. Keluarga tersebut juga akan diberikan sakinah (ketenangan) apabila suami, isteri dan anak-anak sering membaca al-Quran di dalam rumah mereka.

Firman Allah S.W.T lagi maksudnya :

"Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah ayat 2)

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Solat dan doa

Solat fardu lima waktu jangan ditinggalkan kerana yang membezakan seorang muslim dengan bukan muslim adalah solat fardu.

Sabda Baginda SAW maksudnya : "Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan
kesyirikan dan kekufuran dengan meninggalkan solat". (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Selain daripada solat fardu, perlulah diperbanyakkan solat-sulat sunat lain seperti solat duha, solat tahajud dan solat sunat rawatib kerana solat-solat sunat ini akan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah solat duha kerana solat duha adalah solat pembuka pintu rezeki dan merupakan sedekah.

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat duha." (Hadis Riwayat Muslim)

Jika solat-solat sunat banyak dilakukan di dalam rumah , rumah tersebut akan diturunkan keberkatan dan sakinah, dengan itu akan mendamaikan hati penghuni rumah tersebut. Sebaliknya jika di dalam rumah sentiasa berkumandang lagu-lagu rock dan black metal, ditanyakkan banyak filem-filem melalaikan, ada mengantung gambar-gambar manusia atau terdapat patung-patung sebagai perhiasan maka rumah tersebut suka di datangi jin dan syaitan dan malaikat rahmat akan menjauhkan diri.

Banyakkan juga doa-doa kepada Allah SWT, mohon keselamatan . kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat kepada Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api Neraka.” (Surah al-Baqarah ayat 201)

Doa pelembut hati untuk suami, isteri dan anak-anak :

Baca Surah Taha ayat 1-5.

Maksudnya :

"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani

1. Thaahaa.

2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4. Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

5. (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah :

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air dan diminum oleh anak-anak untuk melembutkan hati mereka.

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, baca ayat tersebut ke dalam air dan air diberikan untuk diminum.

Boleh juga dibaca surah Taha ayai 1-5 tiup diumbun-umbun anak-anak semasa tidur dan diikuti dengan doa pelembut hati atau jika suami keras hati isteri boleh lakukan ke ats suami semasa tidur.

5. Zikir dan beristighfar.

Berzikir dan beristighfar adalah makanan roh. Jika kalian cukup mengambil perhatian apabila sakit dan terus berjumpa doktor walaupun ditengah malam tetapi kenapa kalian tidak ambil perhatian mengenai roh kalian yang sedang sakit dan perlukan makanan? Kenapa hati kalian tidak tenang, jiwa kalian tidak tenteram, emosi kalian sering suka marah dan tidak sabar ini adalah berpunca kerana roh kalian sedang sakit dan sedang kelaparan. Kalian perlu beri ubat dan makanan supaya ianya segar kembali dan mencerikan hidup kalian.

Tidak ada jalan lain untuk memberi makanan kepada roh iaitu perlulah banyakkan berzikir, beristighfar, membaca al-Quran dan mendirikan solat.

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras, di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai" (Surah al-A'raf ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya kalau saya mengucapkan: Subhanallah walhamdu lillah wa la ilaha illallah wallahu akbar -yg maksudnya: Maha Suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar-, maka itu adalah lebih saya sukai daripada apa saja yang matahari terbit atasnya -yakni lebih disukai dari dunia dan seisinya ini." (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maskdunya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).

Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah SWT. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah SAW. sendiri sehari 100 kali mengucapkan Istighfar

Rasulallah SAW yang sudah dijamin terampun dosa-dosanya yang kemudian dan akan datang tetapi baginda masih melakukan hal itu, apalagi kita, mestinya lebih banyak lagi beristighfar, kerana jelas tidak dijamin dan bukan maksum maka mungkin lebih banyak kita melakukan dosa setiap hari.

6. Sedekah.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah s.a.w : "Sedekah mana yang lebih besar pahalanya?

Nabi SAW menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "Ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam menggalakkan umatnya yang berkemampuan untuk memberikan sedekah jariah dan memberi bantuan secara suka rela tanpa mengharapkan balasan duniawi, melainkan mengharapkan keredaan Allah SWT. semata-mata.

Dalam hadis Nabi SAW ada menjelaskan bahawa sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.

Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’. Justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya, kerana Dia-lah yang banyak memberi. Jika kita banyak memberi akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita akan hanya meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara alat dan matlamat.

Janganlah menganggap bahawa wang yang disumbangkan untuk sedekah itu akan berkurangan sedangkan ianya akan bertambah dan akan diberikan rezeki oleh Allah SWT daripada jalan yang tidak disangka-sangka.

Keluarga yang banyak menghulurkan sedekah kepada orang miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal yang ramai tanggungan, sekolah agama dan pembinaan masjid maka Allah SWT akan menurunkan keberkatan dan ketenangan dalam keluarga tersebut, oleh itu kita perlu menggalakkan isteri dan anak-anak kita bersedekah setiap hari walaupun hanya seringgit supaya mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan,tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui." (Surah Ali Imran ayat 92)

Asbabun Nuzul ayat di atas (3:92) :

Anas bin Malik r.a berkata, "Ayat ini diturunkan sehubungan dengan Abu Talhah r.a seorang sahabat Ansar yang terkaya di Madinah, yang menyumbang harta berupa tanah Bairukha untuk kepentingan agama Islam " (Hadis Riwayat Ahmad)

7. Kasih sayang.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Hadis Riwayat Abu ‘Asakir)

Perasaan kasih sayang perlu ada di dalam rumah tangga. Suami menyayangi isteri dan anak-anaknya, begitu juga isteri mengasihi suami. Masing-masing memberi dan menerima kasih sayang. Jika kasih sayang sudah hilang maka kebahagiaan tidak akan dapat diwujudkan.

Apabila niat yang ikhlas dan matlamat yang betul dan bersih untuk mencari keredaan Allah SWT dalam membina rumah tangga bahagia maka Allah SWT akan mengurniakan sakinah, mawaddah warrahmah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah ar-Rum ayat 21)

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga (3) perkara pokok kurniaan Allah SWT kepada keluarga yang bahagia iaitu :

1. Sakinah yang dimaksudkan sebagai Ketenangan,

2. Mawaddah bermakna sebagai Cinta sejati

3. Warrahmah bermakna Kasih Sayang

Sakinah bermakna kecenderungan atau kecondongan hati agar kedua suami isteri dapat beribadah kepada Allah SWT. Perasaan ketenangan dan kententeraman ini dikurniakan Allah SWT kepada suami isteri apabila mereka hidup bersama. Ketenangan adalah hasil dari iman dan takwa yang dibina bersama secara istiqamah dan tentunya mahligai rumah tangga akan damai tenteram serta semua masalah dihadapi dengan saling menghormati dan menghargai.

Mawaddah, adalah cinta sejati bermaksud menerima pasangan hidup apa adanya dan mencintai kerana mengharapkan semata-mata redha Allah SWT. Insya Allah cinta yang terpateri dengan keimanan dan takwa tersebut akan mampu mengatasi ancaman, gangguan, dugaan dan berbagai masaalah kehidupan. Menerima apa adanya pasangan adalah kunci kebahagiaan bahtera rumah-tangga.

Warrahmah, salah satu sifat Tuhan Yang Maha Kasih Sayang yang di anugerahkan kepada hamba-Nya, agar dalam menempuh kehidupan rumah tangga selalu memancarkan kasih sayang dan kelembutan. Kasih sayang ke dua insan yang dipadukan dalam perkahwinan akan lebih bertaut ketika mendapat zuriat keturunan dalam kehidupan rumah tangga.

Amanah yang diberikan Tuhan Yang Maha Pengasih adalah keturunan yang harus dididik dengan penuh kasih sayang diberi didikan iman dan takwa menuju kepada keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita menghayati tujuh asas penting sunah Rasulullah SAW dalam membina keluarga bahagia hingga melahirkan sakinah, mawaddah warrahmah. Tanpa ada asas-asas ini impian kalian untuk melahirkan baitul muslim dan anak-anak yang soleh dan solehah tidak akan tercapai. Walaupun agak sukar untuk memulihkan rumah tangga sedia ada kerana sudah kebiasaan dengan kehidupan yang tidak tenteram, sering berlaku perselisihan faham di antara suami dan isteri , masih belum terlambat lagi untuk menyelamatkan rumah tangga ke jalan yang diredai oelh Allah SWT. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT semoga diberi-Nya kekuatan untuk kita beramal dengan amal Islam dan kembali kepangkal jalan.

Sunday, 21 August 2011

LAPORAN RAMADHAN DI GAZA 2 2011 (EMEL yang diterima daripada Ketua Misi RADIG 2- 20.8.2011)

Laporan :NIZAL MOHAMMAD dari Gaza

GAZA, Sabtu–Gerakan evakuasi para peserta misi Ramadhan Di Gaza kedua (RADIG 2) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pagi ini bermula.

Tindakan dibuat susulan serangan yang semakin meningkat keatas Gaza. Awal pagi jam 4.40 waktu tempatan bunyi dentuman kuat dapat didengari para peserta misi RADIG 2 yang sedang berkumpul selepas solat Subuh.

Kordinasi sedang dibuat dengan pihak kerajaan Gaza, kedutaan Malaysia di Mesir dan pihak berkuasa Mesir.

Walaupun keadaan belum dapat ditentukan untuk proses evakuasi benar-benar dapat dilaksanakan, para peserta misi RADIG 2 tetap didalam keadaan bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa.

Mereka kini berkumpul di lobi untuk menantikan kenderaan yang akan membawa mereka ke sempadan Rafah.

Sejak semalam serangan demi serangan dilakukan keatas Gaza.Sewaktu peserta misi RADIG 2 menunaikan solat Jumaat diMasjid Sheikh Abdullah Azzam diZaitun, sebuah daerah di utara Gaza yang hampirdiperbatasansempadan Gaza – Israel, bunyidentumankedengaranbeberapa kali.

Bagaimanapun, ini tidak langsung menjejaskan penduduk tempatan dan solat Jumaat serta urusan seharian berlangsung seperti biasa walaupun para peserta misi RADIG 2 umumnya berasa agak cemas.

Sebelum itu, peserta misi RADIG 2 telah dibawa ke lokasi serangan udara Israel yang dilancarkan pada awal pagis ebelumnya.Bedilan menepati bangunan PerpustakaanAwam Gaza yang sedang dibina.Kesan bedilan itu bukan hanya menjejaskan struktur binaan bangunan tersebut malah turut merosakkan beberapa bangunan sekitarnya termasuk Masjid Sheikh Zayid Sultan An-Nahyan.

Tinjauan dari dekat mendapati, cermin tingkap dan pintu masjid pecah dan beberapa kipas di siling rosak teruk. Malah, terdapat juga beberapa serpihan bom di lantai masjid.

Pada sebelah petang, peserta misi RADIG 2 telah berkunjung ke Masjid An-Nasr di BeitHanoun yang terletak satu kilometer dari perbatasan Gaza-Israel. Masjid yang berusia lebih 500 tahun dibina semula atas sumbangan penuh seluruh lapisan rakyat Malaysia. Masjid berkenaan telah musnah akibat serangan tentera Israel beberapa tahun lalu.

Penduduk tempatan turut menyambut ketibaan rombongan misi. Mereka turut menyaksikan penyerahan dana sumbangan rakyat Malaysia oleh SetiausahaAgung MAPIM, Haji MohdAzmi Abdul Hamid, yang merupakan ketua misi RADIG 2.

Rombongan misi RADIG 2 selamat tiba di hotel setelah menyempurnakan Iftar yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan wilayah BeitHanoun. Dalam perjalanan pulang, berita yang didengari melalui radio di dalam bas yang dinaiki rombongan misi melaporkan bahawa daerah Zaitun yang baru beberapa jam yang lalu diziarahi telah mengalami serangan bedilan bom Israel.

Wednesday, 18 August 2010

PAHALA MENCARI NAFKAH

Para pengusaha muslim harus memiliki dedikasi yang tinggi dalam mengembangkan usahanya, bersemangat memerangi kemalasan, mengenali medan usaha, tidak berputus asa dalam menghadapi kendala dan hambatan dalam berusaha sehingga menjadi pengusaha yang tangguh, mandiri dan mampu memberantas kemiskinan. Nabi shallallahu 'alaihi wasalam bersabda:"Tidak ada makanan yang dimakan seseorang yang lebih baik dari makanan yang merupakan usaha tangannya sendiri, karena Nabi Allah, Daud, makan dari hasil usaha tangannya sendiri."(1)

Islam sangat membenci pemalas yang menjadi beban orang dan pengemis yang menjual harga diri dengan meminta-minta belas kasihan orang sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadits dari Abdullah Ibnu Umar radhiyallohu'anhu bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasalam bersabda: Tidaklah sikap meminta-minta terdapat pada diri seseorang di antara kalian kecuali ia bertemu dengan Allah sementara di wajahnya tidak ada secuil dagingpun.(2)

Abu Qasim Al Khatly bertanya kepada Imam Ahmad: Apa komentar anda terhadap orang yang hanya berdiam di rumah atau di sebuah masjid lalu berkata aku tidak perlu bekerja karena rizkiku tidak akan lari dan pasti datang? Maka beliau menjawab: Orang tersebut bodoh terhadap ilmu, apakah tidak mendengarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasalam: Allah menjadikan rizkiku di bawah kilatan pedang (jihad). (3)

Sahl bin Abdullah At Tustary berkata: Barangsiapa yang merusak tawakkal berarti telah merusak pilar keimanan dan siapa yang merusak pekerjaan berarti telah membuat kerusakan dalam sunnah. (4)

Allah subhanahu wata'ala tidak melarang para hamba-Nya berusaha, bahkan Allah mencintai segala bentuk usaha asalkan sesuai dengan kaidah dan prinsip agama, maka tidak ada alasan untuk mencela jalur-jalur usaha yang halal, tetapi yang tercela adalah usaha yang haram atau melalaikan ibadah kepada Allah. Bahkan Allah akan memberi ampunan kepada orang yang kelelahan karena mencari nafkah dan gigih bekerja sebagaimana sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasalam: Barangsiapa yang bermalam badannya lelah karena pekerjaannya, maka bermalam dalam keadaan terampuni dosanya. (5)

Wahai saudaraku, saya sengaja memaparkan beberapa atsar dari para ulama yang mulia untuk menepis anggapan sebagian orang bodoh bahwa mencari nafkah dengan cara yang benar agar hidup mandiri dan tidak menjadi beban orang lain merupakan cinta dunia yang menodai sikap kezuhudan. Padahal tidaklah demikian bahkan Abu Darda' berkata: Termasuk tanda kefahaman seseorang terhadap agamanya, adalah adanya kemauan untuk mengurusi nafkah rumah tangganya.(6)

Pengusaha Muslim Harus Bangkit

Krisis global yang melanda sebagian pengusaha sekarang ini jangan mematahkan semangat para pengusaha muslim untuk mengembangkan usahanya, justru keadaan ini digunakan untuk mengoreksi apa yang menjadi sebab terjadinya krisis ekonomi. Jangan bersikap seperti orang-orang kafir, berputus asa dengan melampiaskannya ke diskotik, menenggak khamer atau bahkan tidak sedikit yang mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri. Seorang Muslim dalam menghadapi setiap krisis, hendaknya menyadari bahwa kehidupan adalah sebuah realita yang harus dihadapi dengan bekal kesungguhan, ilmu, ketawakalan dan menjauhi sifat pengecut serta pandai mengolah kelemahan menjadi sebuah kekuatan.

Situasi krisis harus menjadi cambuk bagi para pengusaha muslim untuk bangkit mencari peluang bisnis dan membuka kran rizki yang mampet. Karena pengusaha muslim dituntut menjadi teladan paripurna, termasuk semangatnya dalam mengais rizki dan membuka lapangan kerja yang halal. Abdurrahman bin Auf radhiyallohu'anhu ketika datang di Madinah dengan segala keterbatasan dan kehidupan yang serba susah, karena konsekwensi hijrah, beliau harus meninggalkan seluruh hartanya di Makkah. Pada kondisi seperti itu beliau mendapat tawaran bantuan namun beliau mengatakan "Tunjukkan kepadaku di mana pasar Madinah". Dalam waktu yang tidak begitu lama beliau sudah mampu hidup mandiri dan menikah dari hasil usahanya.

Kesibukan para utusan Allah subhanahu wata'ala dan para ulama salaf, dalam mencari ilmu dan berda'wah tidak melalaikan mereka mengais rizki yang halal untuk menafkahi keluarganya. Maka, para pengusaha muslim harus bisa meneladani mereka, kesibukannya dalam berusaha jangan membuatnya lalai menuntut ilmu atau alasan menuntut ilmu membuatnya malas untuk mencari nafkah.

Apapun bentuk usaha seorang muslim asalkan halal dan diperoleh dengan cara yang benar harus ditekuni dan dijalani dengan sungguh-sungguh dan penuh suka cita, hilangkan perasaan rendah diri, malu atau gengsi dengan profesi yang dijalaninya karena mungkin dianggap oleh kebanyakan orang sebagai bentuk profesi hina dan tidak bermartabat, sementara mulia dan tidaknya sebuah usaha atau profesi tidak bergantung pada bergengsi atau tidaknya di pandangan manusia seperti bekerja di perusahan asing ternama atau jabatan kelas tinggi atau bekerja ditempat yang basah duitnya, namun kemuliaan sebuah usaha sangat ditentukan oleh kehalalan dan benarnya jenis usaha dihadapan Allah serta terpuji dipandangan syariat islam.

Para nabi dan rasul telah memberikan contoh kepada kita dalam berusaha dan berkarya untuk menopang kelangsungan dakwah dan tersebarnya risalah, nabi Zakaria menjadi tukang kayu, nabi Idris menjahit pakaian dan nabi Daud membuat baju perang, sehingga bekerja untuk bisa hidup mandiri merupakan sunnah para utusan Allah subhanahu wata'ala dan berusaha untuk mencari nafkah baik dengan berniaga, bertani atau berternak tidak dianggap menjatuhkan martabat dan tidak bertentangan dengan sikap tawakkal.(7)

Begitu pula para ulama salaf mereka tergolong orang-orang yang rajin bekerja dan ulet dalam berusaha, tapi mereka juga gigih dan tangguh dalam menuntut ilmu dan menyebarkan agama. Tidak mengapa seorang bekerja di bidang dakwah dan urusan kaum muslimlin lalu mendapat imbalan dari pekerjaan tersebut karena Umar bin Khaththab radhiyallohu'anhu ketika menjadi Khalifah mencukupi kebutuhan hidup keluarganya dari baitul mal.(8)

Perlu diketahui bahwa kualitas seseorang sangat tergantung pada keberhasilannya, daya tariknya untuk memberi manfaat orang lain, hasil pekerjaannya, dan martabatnya di hadapan Allah dan hamba-Nya, maka seorang pengusaha muslim harus hidup berkecukupan agar menuntut ilmu menjadi mudah, beribadah menjadi lancar, bersosialisasi menjadi gampang, bergaul semakin indah, berdakwah semakin sukses, berumah tangga semakin stabil dan beramal shalih semakin tangguh.

Footnote:1. Shahih diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahihnya (2072) dan Imam al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, 8/ 62. H.R Bukhari, Muslim dan Nasa'i dalam sunannya.3. Talbisul Iblis, Ibnul Jauzi, Hal: 302.4. Talbisul Iblis, Ibnul Jauzi, Hal: 299.5. LIhat fathul Bari, 4/353.6. Diriwayatkan Ibnu Abu Dunya dalam Ishlahul Mal Hal:223, Ibnu Abu Syaibah (34606) dan Al Baihaqi dalam As Syuab (2/365)7. Lihat Fathul Bary, Juz 4. / l 358 dan Al Minhaj Syarah Sahih Muslim Juz, 15/ 133.8. Lihat Fathul Bary, 4 / 357.

Thursday, 5 August 2010

BERTEMU LAGI

MARHABAN YA RAMADHAN... Selamat Datang Ramadhan

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh
Marhaban Yaa syahru ramadhan
Marhaban syahrul maghfirah
Marhaban syahrul Quran....
Marhaban Yaa Syahrul ibadah...

Betapa bahagia kami masih boleh bertemu dengan mu lagi
Serasa lebih dari bertemu sang kekasih lantaran engkau terlalu berarti
Kedatanganmu membawa harapan
Agar keluar kami umat ini dari kegelapam
Menuju cahaya fitrimu yang terang benderang...

Malam seribu bulan sudah kami rindu dari sekarang
Ketika langit menggenapkan semua perjanjiannya
Menerima amanat rahmat hingga pagi harinya
Bagi siapa saja yang mendaki jalan ini
Berpuasa bukan untuk mulut dan hati
Namun berpuasa semata-mata hanya untuk Ilahi Rabbi

Marhaban Yaa ramadhan
Kami sambut kau dengan segenap harapan
Agar kami jalani hari demi harimu nanti
Dengan saling memperbaiki diri
Sebab hidup bukanlah hari ini
Yang ada disini tidaklah abadi
Sedang disisimu nanti , itulah yang abadi
Segala lelah payah, segala sakit, segala duka dan derita, darah dan airmata
Dalam perjuangan ini akan Engkau ganti

Melalui Ramadhan suci...
Bawalah kami pada titik cahaya tertinggi yang mampu kami daki
Melalui Ramadhan suci...
Basuhlah segala iri, dengki, ghibah, amarah dan fitnah
Dusta, putus asa, malas , serakah , bimbang dan sedih....
Basuhlah dari diri kami segala yang menghalangi turunnya RahmatMU pada kami Ya Rabbi...

Melalui Ramadhan suci.....
Cucilah...cucilah dosa-dosa kami hingga bersih
Di bulan suci ini dihari yang penuh barokah ini
Semoga kami diberi kekuatan besar untuk tahan menjalani malam-malam tarawehMu
Wahai Ramadhan , mengisi nafas dengan tilawatil quran
Jadikanlah kami perindu-perindu malam Mu
Akan sampaikah kami padaMU wahai pemilik Ramadhan?
Akan kah kau terima segala upaya kami yang dhoif
Fakir dan sangat mengharapkan keampunan-MU
Yaa Rabbi.... ampunilah dosa-dosa kami
Ampunilah segala salah dan khilaf selama ini
Karena kelalaian yang kami lakukan....
Ya Rabbi pimpinlah kami di jalan-MU menjalani hari-hari mendatang
Agar kami kembali kepada-MU kelak dalam keadaan suci
Agar kami termasuk hamba-hamba Yang Engkau Rindukan
Walaupun hamba bukanlah termasuk hamba-hamba Pilihan-MU

Marhaban Ya Ramadhan...
Selamat datang Ramadhan
Kami sambut datangmu.... dengan semangat untuk menang!
Kami tunggu datangmu dengan saling berkasih sayang
Kami tunggu datangmu dengan segala suka cita
Kami tunggu datangmu dengan segenap Rindu dan Harapan

Marhaban Ya Syahru Ramadhan
Marhaban Ya Syahrul maghfirah...
Marhaban Ya syahrul Quran
Marhaban Ya Syahrul Ibadah...
Marhaban Ya Ramadhan.....

***
Assalamualaikum saudaraku semuanya
Dengan segala kerendahan hati saya mohon maaf
Atas segala salah dan khilaf selama ini,
Mungkin ada yang tidak berkenan dari saya , baik disengaja ataupun tanpa sengaja
Semoga kita bisa saling memaafkan, saling mengingatkan dengan berkasih sayang....
Semoga Rahmat Allah selalu meyertai kita semuanya
Semoga RedhoNya mengiringi langkah kita...
Semoga di bulan suci ini DIA berkenan membersihkan jiwa dan raga...untuk kembali suci...
Sebelum kelak kita menghadap – Nya.... Sebelum hari perjanjian itu datang....
Ampuni kami Ya Rabbi ampuni salah dan khilaf kami selama ini...Ampuni dosa-dosa kami...
Amin Ya Allah.... Amin Ya Rabbal alamin....

Saudaraku , saya ucapkan
Selamat menyambut Ramadhan...
Selamat menunaikan ibadah puasa....
Wassalamualaikum warahmatullahi wabaarakatuh...

Sunday, 1 August 2010

RENUNGAN SEJENAK

Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

l Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

l Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

l Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

l Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

l Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

l Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

Friday, 16 July 2010

DI SEBALIK KEHIDUPANMU

Assalammualaikum wr...wb.
Dari Umar bin Alkhaththab r.a., katanya: "Pada suatu ketika kita semua duduk di sisi Rasulullah s.a.vv. yakni pada suatu hari, tiba-tiba muncullah di muka kita
seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam warna rambutnya, tidak tampak padanya
bekas bepergian dan tidak seorangpun dari kita semua yang mengenalnya, sehingga duduklah orang tadi di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan kedua lututnya
pada kedua lutut beliau dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya sendiri dan berkata:
"Ya Muhammad, beritahukanlah padaku tentang ISLAM." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Islam, yaitu hendaknya engkau menyaksikan bahwa tiada piihan kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, hendaklah pula engkau mendirikan shalat,
menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan melakukan haji ke Baitullah jikalau engkau kuasa
jalannya ke situ."
Orang itu berkata: "Tuan benar."
Kita semua heran padanya, karena ia bertanya dan juga membenarkannya.
Ia berkata lagi: "Kemudian beritahukanlah padaku tentang IMAN."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Yaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir, yang baik ataupun yang buruk - semuanya dari Allah jua."
Orang itu berkata: "Tuan benar." Kemudian katanya lagi:
"Kemudian beritahukanlah padaku tentang IHSAN."
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Yaitu hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya, tetapi jikalau tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu dapat melihatmu."
Ia berkata:
"Tuan benar." Katanya lagi: "Kemudian beritahukanlah padakutentang hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanya -
yakni beliau s.a.w. sendiri - tentulah tidak lebih tahu dari orang yang menanyakannya - yakni orang yang datang tiba-tiba tadi.
Orang itu berkata pula: "Selanjutnya beritahukanlah padaku tentang alamat-alamatnya hari kiamat itu."
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Yaitu apabila seorang hamba sahaya wanita melahirkan tuan puterinya - maksudnya hamba sahaya itu dikawin oleh pemiliknya sendiri yang merdeka, lalu melahirkan seorang anak perempuan.
Anaknya ini dianggap merdeka juga dan dengan begitu dapat dikatakan hamba sahaya perempuan melahirkan tuan puterinya - dan apabila engkau melihat orang-
orang yang tidak beralas kaki, telanjang-telanjang, miskin-miskin dan sebagai penggembala kambing sama
bermegah-megahan dalam gedung-gedung yang besar - karena sudah menjadi kaya-raya dan bahkan menjabat sebagai pembesar-pembesar negara."
Selanjutnya orang itu berangkat pergi. Saya - yakni Umar r.a. - berdiam diri beberapa saat lamanya,
kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Umar, adakah engkau mengetahui siapakah orang
yang bertanya tadi?" Saya menjawab: "Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahuinya."
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya orang tadi adalah malaikat Jibril, ia datang untuk memberikan pelajaran tentang agama kepadamu semua." ( Riwayat Muslim )
Makna Talidulamatu rabbatahaa, yakni tuan puterinya. Adapun pengertiannya ialah oleh sebab banyaknya hamba sahaya perempuan sehingga budak-budak tersebut melahirkan puteri untuk tuan yang memilikinya. Puteri tuannya itu sama kedudukannya dengan tuannya sendiri.
Tetapi ada sebagian ulama yang mengatakan tidak sedemikian itu maksudnya. Al-'Aalah, ialah golongan orang-orang fakir. Adapun kata Maliyyan artinya
waktu yang lama, yaitu sampai tiga hari tiga malam lamanya.
Sebabnya Sayidina Umar terheran-heran karena orang yang bertanya itu semestinya belum mengerti apa yang ditanyakan, tetapi anehnya setelah diberi jawaban, tiba-tiba penanya itu berkata: "Tuan benar," dan kata-kata sedemikian ini tentulah menunjukkan
bahwa penanya itu telah mengerti. Barulah keheranan Sayidina Umar itu lenyap setelah diberitahu bahwa
yang bertanya tadi sebenarnya adalah Jibril a.s. yang kedatangannya memang sengaja hendak mengajarkan soal-soal keagamaan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w.
Dalam Hadis di atas, ada beberapa hal yang penting
kita ketahui, yaitu:
(a) Mendirikan shalat artinya tidak semata-mata
menjalankan shalat saja, tetapi harus dipenuhi pula
syarat-syarat serta rukun-rukunnya dan ditepatkan selalu menurut waktu-waktunya.
(b) Percaya kepada Allah yakni meyakinkan bahwa
Allah itu ada (jadi jangan beranggapan bahwa
Allah itu tidak ada seperti faham komunis), dan lagi Allah itu bersifat dengan semua sifat kemuliaan, keagungan dan kesempurnaan serta terjauh dari semua sifat kekurangan, kehinaan dan kerendahan.
(c) Malak ialah makhluk Allah yang dibuat daripada nur (cahaya) dan tidak berjejal-jejal seperti cahaya lampu yang memenuhi rumah. Dengan cahaya seribu lampu, belum juga sesak rumah itu.
Dengan ini teranglah apa yang dimaksud dalam sebuah Hadis: Artinya:
"Bahwasanya Allah itu mempunyai malaikat, ada yang memenuhi sepertiga alam, ada yang memenuhi dua
pertiga alam dan ada yang memenuhi alam seluruhnya."
Adapun arti iman kepada malaikat ialah harus percaya bahwa mereka itu benar-benar ada dan bahwa
mereka itu adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan. Malak itu sebenarnya kata mufrad dan jamaknya berbunyi malaikat.
(d) Percaya kepada kitab-kitab Allah ialah meyakinkan betul-betul bahwa kitab-kitab suci itu adalah firman Allah yang sebenar-benarnya yang diturunkan pada Rasul-rasulNya dengan jalan wahyu dan meyakinkan pula bahwa isi yang terkandung di dalamnya ttu semua benar.
(e) Percaya kepada para Rasul artinya beri'tikad
seteguh-teguhnya bahwa apa yang mereka bawa itu
memang sebenarnya dari Allah Ta'ala.
(f) Hari Akhir ialah hari Kiamat. Iman dengan hari
kiamat artinya mempercayai betul-betul akan
terjadinya hari penghabisan itu dan apa saja yang terjadi sesudahnya, misalnya Hasyar (akan
dikumpulkannya semua makhluk di padang mahsyar), Hisab (semua amal akan diperhitungkan), Mizan (amal-amal akan ditimbang dalam neraca), menyeberangi jembatan yang disebut Shirath dan kemudian ada yang masuk Jannah (syurga), ada pula
yang terus terjun ke (neraka) dan lain-lain hal lagi.
(g) Qadar ialah ketentuan dari Allah sebelum
Allah membuat semua makhluk ini, yang baik maupun
yang jahat. Jadi segala macam adalah dengan kehendak Allah yang telah dipastikan sejak zaman azali dulu yaitu zaman sebelum Allah membuat apa-apa. Tetapi kita jangan lupa berikhtiar, karena kita telah diberi akal oleh Allah untuk mengusahakan bagaimana
jalannya agar kita tetap bernasib baik dan terjauh dari nasib buruk. Kita tetap harus berdaya upaya selama hayat dikandung badan.
(h) Dengan cara ibadat sebagaimana yang terkandung dalam arti kata Ihsan ini, maka tentu akan khusyuklah kita sewaktu menyembah Allah itu. Kalau dapat seolah-olah tahu pada Allah, ini namanya Mukasyafah (terbuka dari semua tabir yang menutup) dan kalau
mengangan-angankan bahwa Allah tetap melihat kita, ini namanya Muraqabah (mengintai-intainya Allah pada kita).
(i) Tanda-tanda yang dimaksud ini ialah tanda-tanda kecil sebab datangnya hari kiamat itu ada tanda-tandanya yang kecil dan ada tanda-tandanya yang besar. Tanda-tanda kecil artinya datangnya itu masih agak jauh, tetapi bila tanda-tanda besar telah nampak,
maka itulah yang menunjukkan bahwa hari kiamat telah sangat dekat sekali saat terjadinya.
(j) Hamba sahaya perempuan meiahirkan tuannya - artinya, banyak sahaya perempuan itu yang dikawin oleh raja-raja atau pejabat-pejabat tinggi lalu meiahirkan anak-anak perempuan sehingga anak-anaknya itu pun akan berkedudukan sebagaimana ayahnya.
(k) Orang yang tak beralas kaki, telanjang, miskin serta penggembala kambing sama bermegah-megah dalam gedung-gedung besar, maksudnya ialah bahwa yang asalnya hanya penggembala yang miskin hingga seolah-olah tak pernah beralas kaki dan pakaiannya
hampir-hampir tidak ada (boleh dikata telanjang) tiba-tiba menjadi pembesar-pembesar negeri dan
mendiami gedung-gedung besar lagi indah dan sama berkuasa serta kaya raya.
Dengan demikian, keadaan negeri lalu rusak binasa sebab sesuatu perkara semacam pemerintahan
diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, sebagaimana dalam sebuah Hadis diterangkan:
Artinya:
"Apabita sesuatu perkara itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kerusakannya."
Makna Ihsan
Sebuah amal dikatakan hasan cukup jika diniati ikhlas karena Allah, adapun selebihnya adalah kesempurnaan ihsan. Kesempurnaan ihsan meliputi 2 keadaan:
1. Maqom Muraqobah yaitu senantiasa merasa diawasi dan diperhatikan oleh Allah dalam setiap aktifitasnya, kedudukan yang lebih tinggi lagi.
2. Maqom Musyahadah yaitu senantiasa memperhatikan sifat-sifat Allah dan mengaitkan seluruh aktifitasnya dengan sifat-sifat tersebut.
Dengan ini tahulah kita bahwa Islam itu mengandung tiga unsur yang utama yakni:
A. 5 Arkanul Islam, B. 6 Arkanul lman dan C. 2 Arkanul Ihsan.

Tuesday, 13 July 2010

RENUNGAN SEJENAK


Pada Malam yg hening dan Gelapnya .......Dalam butiran cahaya bintang yang bertaburan
Kurenungi hakikat penciptaanku sebagai makluk bumi
Kucurahkan semua rasa ku untuk berfikir.....Betapa kecilnya diriku ini.....
Seseorang diantara taburan manusia yang berpijak pada bumi
Betapa kecilnya bumi ini.....
Sebuah planet diantara taburan bintang dan galaksi
Betapa besarnya alam semesta ini......
Luas dan masih tak terjelajahi dengan teknologi masa kini
Betapa maha besarnya Pencipta alam semesta ini.....yang telah mencipta dengan keindahan dan harmoni........Pada Siang Dengan Keriuhan dan Terangnya
Dalam hiruk-pikuk aktiviti penduduk bumi....Kurenungi hakikat terciptaku sebagai manusia Kucurahkan semua rasa ku untuk difahami.....Ku dilahirkan di dunia sebagai seorang bayi........Dalam asuhan dan bimbingan orang tua......Untuk belajar menjadi Khalifah di muka bumi
Dan beribadah kepada ALLAH yang maha ESA...... menjalani takdir ALLAH berupa Ujian dan Cobaan di dunia
Dibekal dengan Nafsu dan Akal Fikiran......Ditonton dengan kitab Alquran Serta Al-hadist melalui Rasul-NYA .........Senang, susah, sedih, gembiraMenangis, tertawa, termenung, ceria.....Pasrah, khawatir, ikhlas, kecewaResah, tenang, derita, bahagia .........Dinamik kehidupan dalam pasangan rasa bertahta dalam hati sebagai tuan wujud dalam tindakan dan aksi dalam diri seorang berpribadi yg baik....akan dibalas dengan kebaikan .......Kejahatan...akan dibalas dengan kejahatan
Itulah hukum yang berlaku bagi manusia di dunia ini......yang tak bisa terlepas dari aksi-dan reaksi Episode berguling seperti sebuah roda berputar
Kadang diatas...kadang dibawah.........Mencari puzzle hikmah dalam tempahan kehidupan dunia...........Berharap ridho dari Allah....... Sang PenciptaPuji, caci, cinta, benci,Jujur, dusta, sayang, dengki,Benar, Fitnah, rela, iri,Jumpa, pisah, datang, pergi..........Dinamik kehidupan dalam pasangan aksi............Terjadi dalam kehidupan sehari-hari
Tindakan ditabur saat ini............Balasan dituai di hari nanti...........Kebaikan.... akan mendatangkan pahala.............kejahatan....akan mendatangkan dosa.....
Itulah balasan bagi tindakan manusia..........Dari Allah yang Maha Kuasa........
Episode berguling seperti sebuah roda putar......Kadang mendapat pahala...kadang berbuat dosa.........Mengumpulkan amal dalam tempaan berinteraksi dengan sesama.......Berharap kurniaan dari Allah yang Maha PenciptaTerus ditempa di dunia...sampai ajal tiba...Lalu menunggu di alam kubur... hingga kiamat tiba...Diakhirat dihitung amal perbuatannya bertanggung jawab terhadap amal perbuatannya

Monday, 21 June 2010

LIHAT DIRIMU DAHULU ......

SEBAGAI orang Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana kita dipandu oleh al-Quran dan sunnah dalam menentukan tingkah laku kita dalam menjalani kehidupan ini.
Andaikan kita ini pengembara, pastinya kita bersyukur jika sepanjang perjalanan itu kita dibekalkan dengan kompas sebagai penunjuk arah.
Kita sepatutnya lebih bersyukur lagi kerana tidak semua pengemabara dibekalkan dengan penunjuk arah ini.

Berbeza dengan masyarakat Islam, masyarakat lain tiada panduan khusus dan jelas tentang bagaimana mereka seharusnya menjalani hidup ini. Jika ada sekalipun, panduan itu hanyalah untuk aspek hidup yang tertentu dan tidak menyeluruh seperti Islam. Bagi mereka, segala-galanya boleh dilakukan.

Maka, ramai yang berpegang kepada moto jenama Nike, "Just do it". Mereka pun buatlah apa sahaja yang terlintas di hati tanpa mengambil kira kesannya pada diri mahupun orang lain. Orang Islam tidak sepatutnya berpegang pada moto ini. Namun, ramai juga yang dengan bangganya memakai baju-T dengan slogan ini.Dalam kehidupan seorang muslim, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh dilakukan.

Jika sikap dan tingkah laku umat Islam sama sahaja dengan orang bukan Islam, maka apalagi yang membezakan kita dengan mereka?Walaupun seorang muslim itu dibatasi oleh perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, sebenarnya, masih banyak perkara yang dibenarkan dan sedikit sahaja yang dilarang.

Satu daripada perkara yang dilarang itu ialah membuka aib diri dan aib orang lain. Membuka aib diri itu mungkin tidak begitu menimbulkan masalah kerana orang yang waras biasanya mengunci rapat keaiban dirinya sendiri.

Namun, apa yang sedang membarah dalam masyarakat kita kini ialah sikap yang suka mengaibkan orang lain. Dalam kata-kata lain, suka mendedahkan keburukan orang lain.Semua orang ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya kita akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum.

Alangkan seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kita sendiri.Namun, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza sekali. Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malah, sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak.

"Malangnya, ramai orang Islam yang lebih suka mengingkari perintah hadis ini. Mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan orang lain secara lisan mahupun tulisan; menjadi pendengar atau pembaca atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu; mahupun, menjadi penyampai atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut.

Malah, ada yang mengaut keuntungan dari keaiban orang lain. Kononnya, itulah formula untuk melariskan jualan. Soalnya, formula siapa? Formula Barat atau formula Islam yang kita bangga menjadi umatnya?Ada juga yang mendakwa bahawa cerita seperti itu yang majoriti pembaca mahukan. Dakwaan ini mungkin benar dan biasanya majoriti akan menang.

Namun, tidak semestinya majoriti itu betul. Maka, jika ternyata majoriti cenderung memilih sesuatu yang dilarang oleh agama, apakah kita patut terus menggalakkan mereka?Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain.

Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya, "... dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...".

Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?Dalam pengenalan beliau mengenai Surah al-Hujurat ini, Abdullah Yusuf Ali, dalam terjemahan al-Qurannya menyebut bahawa, surah ini menyentuh tentang adab yang perlu dipatuhi oleh ahli masyarakat Islam. Selain melarang mengaibkan orang, surah ini juga memerintahkan agar: ketua dihormati, khabar angin diselidik, damaikan dua pihak yang berkelahi, manusia lain jangan dicemuh atau diperlekeh, jangan label orang dengan perkataan yang buruk, jauhi prasangka; jangan mencari salah dan keaiban manusia, jangan mengumpat dan berkenal-kenalanlah sesama manusia.
Amat malang sekali bila mana umat Islam yang telah dipandu tentang cara bagaimana untuk hidup bermasyarakat, telah tidak mengambil manfaat dari panduan itu, sebaliknya mengambil sikap yang sama sekali bertentangan dengannya.Maka, salah siapa kalau masyarakat kita banyak cacat-celanya? Salah siapa kalau masyarakat kita tidak jauh buruk akhlaknya berbanding masyarakat Barat atau Timur yang tiada "kompas" penunjuk jalannya?

P/S: YA ALLAH ....KUATKAN KEIMANANKU YA ALLAH..............ARTIKAL INI DIPETIK DARI SALAH SATU BLOG SAHABAT ANA.....SYUKRON JZZ

WANITA PERHIASAN DUNIA......

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


HATIMU TERLUKA.....

Suatu ketika datanglah seseorang kepada Ibnu Mas’ud radhiyallu ‘anhu, sahabat Rasulullah saw, untuk meminta nasehat. “Wahai Ibnu Mas’ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan obat bagi jiwaku yang sedang dilanda kecemasan dan kegelisahan. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram. Jiwaku selalu gelisah dan dan pikiranku pun serasa kusut masai. Makan tak enak tidurpun tak nyenyak.”

Mendengar itu Ibnu Mas’ud pun kemudian menasehatinya. ” Kalau penyakit seperti itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, yaitu ke tempat orang yang membaca Al-Quran atau dengarkanlah baik-baik orang yang membacanya; atau pergilah ke majelis pengajian yang mengingatkan hati kita kepada Allah; atau carilah waktu dan tempat yang sunyi, kemudian di tengah malam buta, ketika orang-orang sedang tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan shalat malam, memohon ketentraman jiwa, ketentraman pikiran, dan kemurnian hati kepada-Nya.Seandainya jiwamu belum juga terobati dengan cara ini, maka mintalah kepada Allah agar diberi hati yang lain karena hati yang kau pakai saat ini bukanlah hatimu.” (Al-Hadist)

Memohonlah kepada Allah supaya memperbaiki hati dan niatmu, karena tidak ada sesuatu yang paling berat untuk kau obati selain keduanya. Ketika hatimu sedang menghadap (Allah) maka seketika mungkin untuk berpaling, maka ketika menghadap itulah engkau harus merampasnya supaya tidak berpaling. (Uwais al Qarni/ Bahjatul Majalis, Ibnu Abdil Barr)

JANGAN BERSEDIH SAYANGKU

Bacalah : Do’a Ketika Sedih

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ
بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،
أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ


“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih)

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِوَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”(HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173)

DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ


“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.” (HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092)

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،
وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ


“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”(HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168)

اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئً

“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”(HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335)

Thursday, 17 June 2010

YA ALLAH PELIHARALAH KATA-KATAKU...

Seorang mukmin sepatutnya memiliki tutur-kata yang santun, bersih dan terjaga.Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallama bersabda, “Bukanlah seorang mukmin itu suka mencela, melaknat, berkata yang keji dan kotor”.

Seorang hamba, bisa jadi di hari kiamat datang membawa kebaikan sebesar gunung, lalu dia dapatkan ternyata lidahnya telah memusnahkan semuanya. Atau sebaliknya,dia datang membawa kesalahan yang banyak ternyata lidahnya menghapusnya karena dia banyak berdzikir dan yang berkaitan dengannya.

Ketika seseorang datang kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallama lalu berkata, “Hai Rasulullah nasehatilah aku’”. Rasul shollallahu ‘alaihi wa sallama, “Jika engkau berdiri dalam sholatmu, maka sholatlah seolah-olah itu sholat terakhirmu.

Dan janganlah engkau mengucapkan kalimat yang esok membuatmu menyesal dan bulatkanlah bersungguh-sungguhl ah memutus harapan terhadap apa yang ada ditengan manusia”.Kalau saja setiap kita memegang tiga wasiat ini; sholat dengan khusyu’, menjaga lidah, dan menggantungkan harapan hanya kepada Allah, niscaya keberuntungan menyertai .

Oleh karena itu ketika Uqbah bin Amir bertanya kepada Rasulullah, “Apa keselamatan itu?”. Maka Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallama menjawab, “Tahanlah lidahmu dan jadikanlah rumahmu lapang bagimu, serta tangisilah kesalahanmu”.Semoga اللَّهُ menjaga kita semua dari petaka lidah …

Semoga اللَّهُ menguatkan kita untuk menyuarakan kebenaranSemoga اللَّهُ menguatkan kita untuk menahan lidah dari kebatilan, amin.

Thursday, 24 December 2009

BICARA QALBI


Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Engkau saja yg maha mgetahui