Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 22 December 2009

Solat - Solat Sunat

Sembahyang sunat ialah sembahyang yang dilakukan oleh seorang mukmin dengan kerelaan hatinya sendiri, baik sembahyang itu dikerjakan pada waktu malam ataupun siang.Sembahyang sunat ini juga dikenali dengan sembahyang "nafilah" atau sembahyang "tathawwu", yakni sembahyang yang tidak diwajibkan mengerjakannya. Siapa yang menhgerjakannya akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkanya tidak berdosa. Namun, ianya mempunyai kepentingannya sendiri serta pelbagai kelebihan yang sangat besar.

Sembahyang sunat adalah jauh lebih banyak daripada sembahyang fardu. Kalau sembahyang fardu hanyalah dilakukan lima kali sehari, tetapi sembahyang sunat tidak ada hadnya. Pada zaman dahulu, ramai para sahabat yang mengerjakan sembahyang sunat sehingga beratus-ratus rakaat banyakknya.

Antara contoh sembahyang sunat ialah sembahyang sunat :


1. SOLAT SUNAT AWWABIN

2. SOLAT SUNAT RAWATIB

3. SOLAT SUNAT HAJAT

4. SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

5. SOLAT SUNAT TAHAJJUD

6. SOLAT SUNAT DHUHA

7. SOLAT SUNAT TASBIH

8. SOLAT SUNAT WITIR

9. SOLAT SUNAT ISTISQA'

10. SOLAT SUNAT TAUBAT


No comments:

Post a Comment