Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 22 December 2009

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih Bacaan tasbih itu ialah :

"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah, Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong." Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah: 1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih 2. rukuk - 10 kali tasbih 3. iktidal - 10 kali tasbih 4. sujud - 10 kali tasbih 5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih 6. sujud semula - 10 kali tasbih 7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih

Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih

Niat Solat Tasbih

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah

1. 2. 3. 4. Rakaat Rakaat Rakaat Rakaat pertama : Surah at-Takasur Kedua : Surah al-Asr

Ketiga : Surah al-Kafirun Keempat : Surah al-Ikhlas


Doa Sunat Sembahyang Tasbih

"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran. Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

No comments:

Post a Comment